Okay Hi korang and macam biasa assalamualaikum. Macam biasa jugak setahun sekali je aku akan update blog aku hahahah π€£ ((Nope act depends on my tahap kerajinan)) ni pun dah draft lama cuma tak terpublish je. Tapi entry sebelum ni aku cerita pasal PASUM dan kali ni pulak nak sembang pasal DEGREE, COURSE, SAMBUNG BELAJAR dan seangkatan dengannya !π€π€π
Mula-mula sekali..ayat cliche, haritu result UPU keluar and macam biasa aku nak ucap ‘tahniah’ kat korang mana yang dapat sambung belajar ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Muda a.k.a DEGREE. Alhamdulillah πͺπ Mana yang masih belum ada rezeki untuk sambung belajar, jangan risau, korang teruskan usaha dan yang penting jangan give up! Inshaallah rezeki tak pernah salah alamat, mungkin Dia akan beri bila kita betul-betul dah bersedia dari segi mental, fizikal, kewangan dan sebagainya. Teruskan berdoa okay !
Next lebih specific lagi aku nak cerita serba sedikit mengenai COURSE aku sendiri, sedikit mengenai kolej kediaman yang aku diami pada tahun 1 iaitu Kolej 12 dan mungkin tentang Uni sendiri which is Universiti Malaya. So kita sembang santai-santai je and ENJOY π€☺️
Okay untuk pengetahuan korang, aku dapat sambung degree dalam bidang kejuruteraan elektrik. Alhamdulillah it was my first choice. So currently I’m an Electrical Engineering student from University of Malaya ((second year 2020/2021)). Sesiapa yang dapat bidang ni jugak, Hai!π π
Ni surat tawaran aku masa dapat sambung degree course Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya tahun lepas.
Yup aku pun macam korang jugak, awal-awal dapat result UPU dengan course yang kita nak, agak excited jugak, jadi tipulah kalau aku tak cari maklumat tentang course ni dekat Google, Facebook, Twitter, Instagram dan semua sosial media yang ada. Bukan nak tau sangat dengan lebih detail pun cuma nak dapatkan sumber inspirasi π€© serta semangat daripada orang sebelum ni yang ambil course yang sama dan nak tau perjalanan hidup mereka di Uni dengan course tersebut !
Tapi tu la masa aku dulu, susah sikit nak jumpa kalau pi cari kat Google...so sebab tu la wujudnya entri kali ni. Khas buat mereka yang tertanya-tanya macam aku dulu. π
Okay ni la Department Of Electrical Engineering. Bagi aku department EE ni sangat best sebab bangunan dia baru, lawa, aircond dia sumpah sejuk kalau kat lobbyπ, ada lift, surau, dewan kuliah yang selesa, dekat dengan faculty alam bina(sebelah je ok) dan banyak lagi la yang menarik! Apa-apapun korang kena usha dulu!☺️
Kalau untuk kolej kediaman pula, aku ditempatkan di Kolej Kediaman Ke-12 (Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah) a.k.a Royal 12th. Aku dapat tingkat lapan wehh hahahahha !!! Semuanya ada sembilan tingkat.
Ni pemandangan dari tingkat lapan pada waktu malam.
Kolej ni ikut nasib korang la dapat kolej manaπ Tapi untuk first year student korang memang diwajibkan untuk tinggal di kolej. Unless rumah dekat, nak ulang alik tu ikut korang la π€£ Tapi duduk kolej sumpah best sebab korang boleh join pelbagai aktiviti kolej disamping dapat tambah kenalan, tambah pengalaman, tingkatkan keyakinan, soft skills, hard skills dan lain-lain. Sebelum aku lupa, masa tahun kemasukan sesi lepas dan sebelumnya, KK12 ni juga ramai didiami oleh engineering student. Memang agak jauh dari faculty. Tapi kalau yang dah biasa dengan laluan UM ni jalan kaki tiap hari takda halla((tapi ni aku buat waktu balik kelas jela)) Nak pergi kelas macam mana? Ya! Aku dengan kawan-kawan aku tunggu bas ! Naik bas UM, ada jadual dia, nanti korang find out sendiri okπ Kalau tak nak naik bas UM, boleh jugak naik bas MRT ke grab ke((ni kalau terdesak, kalau boleh jangan membazir huhu)) ...asalkan korang sampai dengan selamat ke kelas masing-masing.
Masa awal-awal masuk UM, student baru...macam biasa mesti ada orentasi tapi kat UM kitorang panggil MHS, iaitu Minggu Haluan Siswa. MHS ni biasa ambil masa selama seminggu, time ni la korang akan diperkenalkan dengan Projek Kolej, jalan-jalan ke korang punya faculty (tour), diperkenalkan dengan course masing-masing, pendaftaran jadual, siswamail, dengar taklimat dan sebagainya. Tapi korang kena enjoy betul-betul masa MHS ni sebab setelah tamatnya MHS, maka bermulalah kehidupan korang sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya. π·πππ
Selepas tamatnya MHS, jadi kelas bermula seperti biasa, kena bangun awal, buat persiapan diri, rushing-rushing sikit sebab nak pergi tunggu bas untuk ke kelas. Jangan lupa makan geng! Lepastu balik kelas dalam pukul 5 macamtu((depends on schedule korang)), pergi cafe tapau makanan, makan, solat and rehat-rehat kejap.. Malam tu kalau korang ada join projek kolej boleh la turun meeting kalau ada.. kalau takda bolehla duduk kat bilik revise apa yang belajar di kelas pada siang hari. And you will keep repeating this routine every single day sampai la habis semπ Tapi satu je aku pesan, kalau nak nampak menarik kehidupan korang kat kolej dan universiti, haaa korang join la macam-macam projek yang korang minat, if you guys minat multimedia, then go for it, if minat volunteer, yeah go for it too. Kalau minat nak masuk pasukan beruniform, dan ada peluang.. sila jangan lepaskan peluang keemasan tu. Sebab time ni je korang nak cuba tingkatkan keyakinan diri dan yang seangkatan dengannya macam yang aku mention kat atas tadi.
TAPIII !!! KORANG TETAP KENA INGAT! Apa priority korang masuk universiti? Demi ilmu dan segulung ijazah...?!Yee memang best join semua benda tu tapi JANGAN SAMPAI ABAIKAN PELAJARAN. Jangan sampai penat sangat join projek, sampai carrymark tak jaga, test tak study, assignment tertangguh. Kita kena pandai bahagikan masa tau! Korang dah besar kan jadi kena tahu urus masa dengan bijak π
Universiti Malaya ni terletak di tengah-tengah bandar. Orang kata Half KL, Half Selangor π Yela masuk ikut pintu gate KL, keluar lalu pintu gate PJ/Damansaraπ€£ Jadi kalau dah tengah bandar ni memang dekat dengan semua mall. Contoh!!? Mid Valley 5 minit dah sampai, KL Gateway 2-3 minit sampai, One Utama.. dua stop dari stesen MRT Phileo Damansara, NU Sentral?, The Curve, E curve, KLCC dan lain-lain. Dekat dan memang dekat HAHAHAπ¬ Kalau bosan-bosan hujung minggu bolehla lepak makan, jalan-jalan or tengok wayang ke...Jangan sampai leka pulak tak jumpa jalan pulang ! Korang yang baru masuk Uni, kena pandai bawak diri, pilih kawan yang betul dan saling menasihati dan kena pandai bergaul. Lebih-lebih lagi UM ni banyak betul godaan duduk tengah bandar ni. Bukan nak mengajar benda tak elok, tapi cuma nak mengingatkan jeπ so nanti takda la culture shock sangat.ππ₯Ί
Ps: Banyak benda nak cerita, tapi tak tau nak cerita pasal apaπ€£ sebab banyak sangat benda dan projek menarik yang kita boleh join sejak masuk degree ni. Kalau nak cerita semua takut tak surprise pulak! Jadi kalau nak tau banyak lagi korang boleh comment takpun just follow the flow je !π + kalau panjang-panjang nanti bosan pulak nak baca ☺️ So inilah serba sedikit tentang surface kehidupan sebagai mahasiswa Universiti Malaya senagai seorang engineering student.
TIPS MASUK UNIVERSITI :
1. Set apa ‘BIG WHY’ . Apa tujuan kita masuk uni?, Benda ni boleh jadi motivasi dan pembakar semangat kita kalau kita jauh tersasar. Orang kata “ When you feel like want to quit, remember why you started in the first place”
2. Berkwana dengan semua orang, tetapi kena pandai dalam memilih kawan yang betul. Jangan biar toxic people mengelilingi hidup korang.
3.Set cara belajar yang efektif, kalau korang suka stay up, then study tengah malam. Kalau jenis yang suka study berkumpulan, so cari geng yang sama macam tu, kalau jenis suka belajar sendiri, then go for it. Asalkan kita belajar dan ikut rentak sendiri.
4. Common Sense kena ada ! Nak stay up, guna lampu study, nak dengar lagu, guna earphone, assignment kumpulan buat sama-sama, jangan jadi free rider, bagi komitmen yang sepatutnya, jangan on the phone kuat-kuat sengaja nak bagi satu koridor dengar.. dan banyak lagi!!
5.Bersosial. Dalam Uni ni, jangan sekadar pergi balik kelas, pergi cafe, balik bilik. At least try join projek-projek kolej, aktif dalam kelab dan persatuan! Banyak kelebihan yang kita boleh dapat. Tapi jangan terlampau aktif sampai CGPA merosot π
6. Ingat mak ayah. Sentiasa tanya khabar, call mereka, minta doa daripada mereka supaya senang terima pelajaran, dipermudahkan urusan dan sebagainya. Jangan ingat mak ayah masa tengah susah je π§ kerana kita berjaya juga merupakan salah satu doa mereka.
7. Duit PTPTN/MARA atau biasiswa dan pinjaman yang korang dapat bukan untuk buat JOLI ye ! Bijak bijak la dalam berbelanja π
Ps: Tips daripada warga twitter.
Soalan Lazim? Jom tanya?
Wau electrical engineering best tak? Susah tak? Senang score tak?
Jawapan: Its depends on you geng! Tipu la kalau nak cakap senang gila πsebab setiap course mesti ada kesusahan serta keunikannya sendiri. It’s depends on how we handle it. Even susah ke senang kita kena cuba usaha buat yang terbaik. Benda paling penting is Mindset kita sendiri. Aku tak nak cakap banyak, tapi aku selalu tekankan benda ni kat dalam minda aku.. Kita kena yakin dengan apa yang kita buat.. even benda tu susah sekali pun but tolong jangan cakap susah, tak boleh buat dan ayat negative yang lain. Tapi... korang kena train mindset korang untuk cakap I can try, I can do it, everything has solution, easy dan lain-lain. Sebab apa? Sebab at least kita train our mindset to stay positive gituewπ
First year punya subject:
Sem 1:
University course: English, TITAS
Faculty course: Engineering Mathematics 1
Department course: Programming 1, Circuit Analysis 1, Digital System, Lab 1
Sem 2:
University course: Ethics, Information Literacy, Navy ROTU Level 1((pilihan))
Faculty course: Engineering Mathematics 2
Department course: Programming 2, Electronic Circuit 1, Electronic Physics, Lab 2
Cuba tengok subjek-subjek untuk student electrical engineering tu. Menarik bukan? π Untuk university course tu semua orang wajib ambil ye anak-anak ! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh rujuk academic planner korang ! Oops lupa yang part Navy ROTU level 1 tu hanya akan diambil oleh pelajar yang join PALAPES LAUT sahaja tau. Nak dijadikan cerita, aku join PALAPES LAUT (ROTU NAVY) di UM. Tak nak ulas detail, nanti kantoi la π€£ tak surprise π
Ada certain subjek yang stand alone, ada juga yang berkait. Contohnya macam subjeck yang ada 1 dengan 2 tu... masa sem 1 belajar Programming 1..sem 2 belajar Programming 2.. dan lain-lain. Untuk sem 1 belajar macam biasa, schedule pun tak packed sangat.. Kelas mostly start pukul 9, cuma hari rabu je pukul 8 pagi. Petang pula dalam pukul 4-5 dah balik kelas. Cuma satu kelas je hari selasa π kelas sis sampai pukul 8 wehh !! Redho je la nak hadap time tu π
Sem 2 pulak, dapat belajar dekat faculty sekejap je dalam satu bulan lepas tu cuti PKP !! Sampaikan hampir semua subject berada dalam mod pembelajaran e-learning. Masa awal-awal dapat tahu ada e-learning ni, agak susah sikit nak adapt sebab keadaan sekeliling tapi lama kelamaan rasa best pulak π Masa e-learning ni kita akan jadi kuat serta bersemangat sebab kawan-kawan yang sentiasa support each other ! Ibu bapa yang juga sentiasa bagi sokongan, kejut awal pagi untuk pastikan anak-anak dia join kelas online tu π€£ Terima kasih semua !! Walaupun agak mencabar kerana ada subject yang 100% assignment tapi nak buat macam mana nak tak nak kena hadap jugak jadi jangan merungut dan teruskan perjuangan anda!! Tahu tahu dah habis sem 2 a.k.a first year kuuu hmmm tak sangkaaa πππ
Okay aku rasa aku stop sampai sini dulu sebab tak da idea dah!! Kalau korang ada apa apa soalan, kemukakan terus di ruangan comment inshaallah kalau ada masa saya jawab !! Banyak lagi benda nak cerita tapi rasa lagi best kalau daripada soalan ππOkla bye korang EnjOY π€π